Kelas Nadi Mahir Masak Minggu 15 (Pembuatan Donut)

22 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 April 2026, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 2 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah pembuatan donut. Tenaga pengajar mahir memberi taklimat mengenai cara pembuatan donut dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membuat doh donut yang lembut serta topping donut yang lazat. Seterusnya, tenaga pengajar turut memberi penerangan topik minggu seterusnya kepada peserta iaitu pembuatan dan penyediaan makanan barat.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali